Saturday, 25 July 2015

IKHTILAT



IKHTILAT

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih dapat menulis isu ikhtilat pada kali ini.

MAKSUD IKHTILAT
Ikhtilat adalah perkataan bahasa Arab yang membawa maksud Pergaulan. Ia lazimnya digunakan di dalam situasi pergaulan di antara lelaki dan perempuan ajnabi. Jadi bila mana ada percampuran antara lelaki dan perempuan ajnabi, ianya adalah ikhtilat.

HUKUM IKHTILAT
Ijma' ulama' hukum asalnya ialah HARAM. Ia disetujui dengan dalil Al-Quran di dalam Surah Al-Isra' ayat yang ke 32. Namun, ia diharuskan di dalam dua situasi, iaitu DARURAT dan HAJAT sahaja.

DARURAT
Darurat secara am nya kita tahu ia adalah satu situasi yang terpaksa dan kalau kita tidak buat ia akan membawa mudarat kepada kita. Contoh situasi darurat yang diharuskan ikhtilat ialah ada seorang perempuan pelancong mendaki bukit, kita pun daki juga. Tapi tiba-tiba kaki perempuan tu tersalah langkah kemudian terseliuh, lalu jatuh ke arah kita. Kemudian kita sambut dia dan selamatkan dia. Di sini diharuskan ikhtilat, tetapi ia akan jatuh haram balik bila ada 'eyes contact' yang tidak memerlukan, sehingga jatuh cinta macam drama-drama filem-filem konon. Maksudnya, ia diharuskan jika situasi yang betul memerlukan sahaja, dan jika ia berlebihan atau melebih-lebih menggunakan situasi darurat untuk ikhtilat, ia akan jatuh HARAM balik.

HAJAT
Definisi hajat di sini ialah sesuatu situasi yang memerlukan ikhtilat seperti pekerjaan, situasi jual beli di antara penjual dan pembeli, guru dan pelajar, dan yang sama waktu dengannya. Walaupun sudah diharuskan, namun ada batas dan pantang larang yang perlu dijaga agar ia tidak jatuh semula hukum HARAM.

BATAS PERGAULAN DALAM IKHTILAT
Seperti korang sedia maklum maksud dan situasi yang diharuskan untuk berikhtilat, korang kena tahu juga batas atau pantang larang yang mesti dijaga bagi mengelakkan fitnah, agar ia tidak jatuh semula hukum HARAM. Antara batas pergaulan digariskan ialah;

1) Tidak berkhulwah (berdua-duaan), mesti bertiga atau lebih supaya dapat mengelakkan fitnah.
2) Tidak melunakkan suara.
3) Tidak memandang satu sama lain, melainkan keperluan atau darurat.
4) Memakai pakaian yang menutup aurat dan sempurna.
5) Bercakap perkara yang penting sahaja, tiada unsur gelak tawa seronok yang melalaikan.
6) Perbualan harus serius, tiada unsur suka-suka antara ajnabi.
7) Berada di kawasan yang senang dilihat atau di tempat orang ramai.
8) Tidak memakai wangi-wangian bagi wanita sehingga mampu menarik perhatian ajnabi.
9) Tidak berkedudukan yang rapat antara ajnabi.
10) Dan lain-lain yang mampu mengelakkan fitnah.

PERSOALAN

a) Adakah study group tu juga ikhtilat? Dan jika ia ikhtilat adakah ianya haram?

Berbalik pada maksud ikhtilat, jika study group itu ada pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, maka ia ikhtilat. Study group, satu kumpulan mendiskusikan isu atau hal berkaitan pelajaran dan perkara-perkara yang penting, ia di dalam kumpulan HAJAT. Meski diharuskan untuk berikhtilat di dalam study group, ada beberapa pantang larang atau terma dan syarat yang digaris pandukan oleh ulama' supaya ia tidak jatuh semula hukum HARAM.

b) Bagaimana dengan ukhuwah fillah lelaki dan perempuan yang bukan mahram?

Berukhuwah ukhuwah juga. Bila mana kata ukhuwah ialah persahabatan dan fillah kerana Allah sahaja. Bila kata kerana Allah, maka kita akan patuh pada perintah Allah S.W.T. Jadi saya nak tegaskan ukhuwah berlainan jantina boleh, tetapi batas pergaulan ikhtilat wajib dijaga dan hanya atas urusan penting sahaja. Ketahuilah bahawa ukhuwah sesama jantina lebih manis dan indah. Nak berukhuwah dengan berlainan jantina, hanya atas urusan penting, dan batas ikhtilat perlu dijaga sebab kita berukhuwah adalah untuk mendapatkan redha Allah, tapi bagaimana nak dapat redha Allah kalau kita melanggar perintah Allah? Jadi ukhuwah fillah sesama jantina lebih selamat dan manis sebab kita boleh bermesra sesama jantina, dan bergurau senda sesama kita.

c) Kalau bermesej dan berWhatsapp dengan ajnabi dikira ikhtilat juga ke? Sebab biasa ikhtilat ini di alam realiti sahaja.

Ikhtilat adalah apa sahaja bentuk pergaulan yang melibatkan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Bersosial, berWhatsapp, berWechat, berMention, berComment, berStatus tanpa mention, berDM, berASK.FM, dan yang sama waktu dengannya di alam maya juga dikira ikhtilat dan berhubung balik dengan hukum ikhtilat.

d) Jadi couple tu pun haram lah kan? Sebab ia beikhtilat dan bukan perkara penting?

Ya, 'couple' atau percintaan terlarang adalah HARAM. 

Kata Imam Al-Ghazali,“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

“Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya.”(Ibn Qayyim)

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”(Ibn Qayyim)

Imam Al-Junaidi pernah berkata;“Ingatlah, setiap kali kau ingin melihat wanita yang bukan mahram, Allah sedang melihat kau!”

"Aku lihat tiada cinta yang halal melainkan cinta antara suami kepad si isteri dan isteri kepada si suami.."

PESANAN SAYA
Ramai mesti bertanyakan bagaimana nak jaga ikhtilat eh? Kata Aiman Banna, anggaplah ikhtilat ini sebagai ULAT. Bila kita lihat ulat kita pasti lari, geli, tak mahu dekat. Macam tu jugalah ikhtilat, anggaplah ia sebagai EEE-KHTILAT (IKHTILAT), bila nampak ikhtilat rasa geli tak mahu dekat. Dan bergaulah dengan sejantina, Bermesra dengan diorang. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment