Rabiatul Adawiyah, beliau merupakan puteri bongsu daripada 4
puteri Ismail al-Adawiy. Ismail al-Adawiy dan isterinya tinggal di sebuah
pondok bersama 3 orang puteri mereka di hujung sebuah perkampungan di kota
Basrah iaitu di Iraq.
Disebabkan kedhaifan keluarga mereka, menyebabkan Ismail
al-Adawiy agak sukar untuk mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata yang
bakal mereka dapat kelak. Isteri Ismail amat berharap agar bayi yang bakal
lahir itu kelak adalah seorang lelaki kerana seandainya mereka mendapat bayi lelaki,
kelak bayi lelaki ini dapat melindungi kakak-kakak mereka apabila besar kelak.
Genap sembilan bulan, sekitar abad ke delapan tahun 713 -
717 masihi maka lahirlah seorang lagi ahli baru di dalam keluarga Ismail
al-Adawiy, anak tersebut merupakan anak bongsu di dalam keluarga daripada 4
adik beradik dan bayi tersebut disambut dengan begitu meriah oleh
kakak-kakaknya.
Tahukah anda, bahawa ketiga-tiga puteri Ismail al-Adawiy,
termasuklah puterinya yang keempat, Ismail al-Adawiy lah yang menjadi bidan
untuk isterinya kerana ketiadaan wang untuk mencari bidan. Dan Ismail al-Adawiy
jugalah yang telah mengiqamatkan keempat-empat puterinya.
Isteri Ismail amat berharap bayi bakal dilahirkan itu adalah
lelaki, namun tarbiah yang diterapkan di dalam keluarga Ismail sangat hebat dan
isterinya hanya redha kerana anak itu anugerah dari Allah untuk mereka
sekeluarga. Fahamlah isterinya bahawa anaknya itu adalah seorang perempuan
apabila telah ditenangkan oleh Ismail. Namun kehidupan mereka hanya cukup untuk
menampung keadaan keluarga mereka yang sedia ada dan tak mampu untuk
menyediakan walau sehelai kain untuk bayi yang baru dilahirkan itu. Ismail
al-Adawiy terpaksa meminta daripada jiran-jirannya untuk meminta bantuan kain
dan sedikit minyak untuk bayi mereka yang baru tersebut.
Namun Ismail pulang dengan kekecewaan apabila mendapati
kesemua jiran mereka tidak sudi untuk membantu mereka beralasan bahawa mereka
juga miskin dan tidak mampu untuk memberi kerana mereka juga serba kekurangan.
Meski tiada yang sudi membantu, Ismail dan isterinya tetap redha dan bersangka
baik. Mereka membaluti bayinya itu dengan sedikit kain yang mereka pakai.
Mereka sentiasa husnudzon (bersangka baik) barangkali Allah SWT mahu mempelihara
mereka dan bayi mereka itu daripada sebarang pemberian yang syubhah, yakni
tidak tahu halal dan haramnya.
Rabiatul Adawiyah atau Rabiah, nama tersebut telah
dicadangkan oleh suaminya sempena anak mereka yang keempat dan Rabiah membawa
maksud yang keempat. Namun isteri Ismail agak ragu-ragu untuk bersetuju kerana
beliau amat khuatir sekiranya Rabiah kelak bakal diejek dan ditertawa oleh
rakan-rakannya. Ketaatan isteri terhadap suami amat tinggi pada isteri Ismail
dan beliau redha apa sahaja keputusan yang dibuat oleh suaminya itu.
Sejak kelahiran Rabiah, Ismail al-Adawiy sudah beberapa hari
tidak keluar mencari rezeki. Ismail sememangnya dikenali ramai kerana beliau
merupakan seorang pekerja yang rajin dan dipercayai oleh masyarakat di Basrah.
Selain itu, Ismail juga adalah seorang yang alim lagi abid di dalam kalangan
mereka. Beliau sanggup mengambil upah kerja apa sahaja asalkan pekerjaan itu
tidak terlibat dengan perkara haram. Disebabkan bekalan makanan di rumah mereka
sudah berkurangan, beliau terpaksa untuk keluar mencari sesiapa sahaja yang
sudi mengupahnya bekerja.
Rezeki setiap hamba telah ditetapkan oleh Allah SWT,
ditakdirkan sedang Ismail mencari, beliau didatangi oleh seorang pemuda lalu
memberi salam kepadanya dan bertanyakan adakah beliau sanggup untuk diambil
upah bekerja sebagai guru bagi mengajar ilmu al-Quran kepada anak-anak Tuan
pemuda tersebut. Tuan pemuda tersebut merupakan seorang saudagar kain dan
Ismail lantas sahaja bersetuju dan semakin hari semakin ramai yang menjadi anak
muridnya tidak kira umur dan latar belakang, malah mereka gembira dapat
mempelajari ilmu al-Quran dari beliau apabila telah disarankan oleh penduduk kampung
kepada pemuda tersebut.
Telah ditakdirkan Allah juga, Ismail telah mendapat mimpi
yang aneh pada suatu malam. Ismail al-Adawiy merupakan seorang hamba yang
sentiasa menjaga amalannya seperti tadarus membaca al-Quran di waktu malam
sebelum beliau tidur dan bangkit semula di dua pertiga malam bagi mengerjakan
solat sunat tahajjud. Beliau telah bermimpi di datangi oleh seorang tetamu yang
sangat istimewa, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Di dalam mimpinya beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad
berpesan kepadanya agar tidak bersedih dengan kesusahan yang mereka alami
apabila hadirnya Rabiah di dalam keluarga mereka. Ini kerana puteri bongsu
mereka, Rabiah, kelak bakal menjadi seorang wanita yang terhormat dan tinggi
darjatnya di sisi Allah dan Rasul-Nya. Malah Rasulullah juga mengkhabarkan
bahawa umat baginda dengan jumlah 70 puluh ribu orang memerlukan syafaat
daripada Rabiah di akhirat kelak. Di dalam mimpi tersebut juga terdapat pesanan
Rasulullah agar Ismail mengutuskan surat tentang apa yang berlaku padanya malam
tersebut dan dan segera berjumpa dengan penguasa Basrah, Sultan Isa Bajan.
Peristiwa Ismail bertemu dengan pemimpin Basrah, Sultan Isa
Bajan telah menjadi peristiwa aneh buat semua para menteri yang hadir di dalam
mesyuarat tersebut kerana dikatakan sewaktu itu Sultan Isa Bajan sedang
mengadakan mesyuarat bersama menteri. Dan apabila sampai sahaja surat tersebut
kepada Sultan, beliau terus turun bersama para penasihatnya bertemu Ismail di
pintu pagar istana bersama 400 dinar kepada si pembawa surat. Ismail seraya
pelik tentang wang yang diberikan secara tiba-tiba setelah Sultan membaca surat
tersebut yang berbunyi:
“Tuanku sudah melaksanakan solat sunat setiap malam seratus
rakaat dan pada setiap malam Jumaat empat ratus rakaat. Namun pada malam Jumaat
lepas, tuanku sudah meninggalkan empat ratus rakaat yang sepatutnya dilakukan.
Oleh yang demikian, tuanku dikifarahkan sebanyak empat ratus dinar di atas
kelalaian pihak tuanku dan duit itu perlu diserahkan kepada pembawa surat ini.”
Hal ini membuatkan Sultan Isa Bajan bertambah pelik
bagaimana ada orang boleh mengetahui perihal amalannya sedangkan hanya Allah
sahaja yang Maha Mengetahui setiap amalan hambaNya. Namun setelah diceritakan
bahawa Ismail telah bermimpikan Rasulullah, maka tidak syak lagi ia adalah
benar dan sahih.
Rabiah semakin membesar namun pengalaman kanak-kanak bagi
Rabiah amat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sewaktu beliau berumur 10
tahun, Rabiah sudah menghafal sebanyak 30 juzuk al-Quran sedangkan waktu itu
kanak-kanak lain sedang sibuk bermain. Dikatakan juga oleh isteri Ismail bahawa
Rabiah tidak pernah sesekali meminta malah merungut atas apa sahaja pemberian
kepadanya. Dirinya sibuk mempelajari ilmu akhirat sejak dari kecil lagi. Maka
Ismail bercadang agar Rabiah mengasingkan diri daripada dunia kota Basrah yang
penuh dengan ujian dan dugaan. Ismail membina sebuah surau di luar kota dan
atas permintaan Rabiah agar beliau dapat menetap terus di sana diperkenankan
oleh Ismail agar Rabiah dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengabdiannya kepada
Rabb.
Maka saat ujian pertama menimpa Rabiah ialah sewaktu
pemergiaan bapanya, Ismail al-Adawiy yang telah pergi meninggalkan mereka
sekeluarga. Dikatakan bahawa sewaktu pemergian Ismail, hampir semua ulama’,
orang soleh, ahli ibadah dan golongan pemerintah di Basrah juga turun bagi
membantu mengebumikan Ismail al-Adawiy yang zuhud dan alim di kalangan
masyarakat Basrah. Ditelusuri pula isteri Ismail juga telah pergi meninggalkan
mereka setelah pemergiaan Ismail al-Adawiy.
Kakak-kakak Rabiah semakin risau akan Rabiah yang sering
berpuasa dan beribadat sahaja sehingga kurang makan dan minum. Rabiah juga digambarkan
beliau asyik berzikir dan beliau tidak sedikit pun menitiskan air mata sewaktu
pemergian kedua ibu bapanya. Namun bukanlah kerana beliau tidak sedih tetapi
kerana kecintaan Rabiah kepada Allah itu melebihi kecintaannya terhadap apa
sahaja di dunia. Tidak juga dinafikan bahawa Rasulullah tidak melarang umatnya
untuk menangis apabila adanya pemergiaan di antara sesama kita namun kita
dilarang untuk meratap.
Turunlah ujian kedua terbesar bagi Rabiah dan kakak-kakaknya
iaitu kemarau yang menimpa seluruh kota Basrah ketika itu menyebabkan mereka
kehabisan bekalan makanan dan akhirnya mereka bersetuju untuk keluar
bersama-sama untuk mencari sebarang pekerjaan untuk diambil upah untuk membeli
barang makan buat bekalan sementara waktu. Namun benarlah kata Rabiah bahawa
iman manusia ini sebenarnya nipis, ini dapat dibuktikan apabila hampir ke semua
masyarakat kota Basrah menjadi kedekut dan bakhil akan bekal makanan yang
mereka ada. Rabiah dan kakak-kakaknya tidak mahu meminta melainkan mereka telah
berusaha untuk memperolehnya dengan mengambil kerja upahan. Namun kemarau yang
melanda telah merosakkan tanaman penduduk di kota Basrah menyebabkan mereka
tidak dapat memperoleh sebarang pekerjaan dan mereka pulang ke pondok using
pusaka ayahnya dengan kekecewaan namun mereka tetap redha dan sentiasa
bersangka baik sambil membutirkan zikir di bibir.
Pernah diceritakan bahawa Rabiah pernah diculik sewaktu
beliau sedang berjalan menulusuri di sebuah lorong sunyi dan tiba-tiba matanya
menjadi kabur apabila merasakan seperti dipukul di kepalanya lantas terus
pengsan. Setelah sedar beliau dapati bahawa dirinya telah diculik dan dia bakal
dilelong kepada orang-orang kaya, tambahan keadaan kemarau yang menimpa
menyebabkan orang ramai memerlukan wang untuk membeli bekalan makanan buat
tempoh masa yang panjang. Namun Rabiah tetap senyum dan tenang kerana Rabiah
yakin Allah amat menyayanginya kerana itulah beliau diuji dan beliau tahu
bahawa selamanya beliau tidak akan ditimpa ujian kerana akan datang rahmat
Allah kelak dan Rabiah telah dijual oleh seorang lelaki gemuk.
Namun ketabahan Rabiah amatlah luar biasa, meski dikeji dan
dicela oleh majikannya, dijadikan mangsa melepaskan geram oleh tuannya, Rabiah
masih tetap tabah dan sentiasa memotivasikan dirinya dengan kisah-kisah
daripada al-Quran dan hadis-hadis. Seluruh darah dan detik nadi hanya mengalir
juga berdenyut pada rasa ingat,rindu dan cinta kepada Allah SWT. Rabiah selalu
bersyair dalam munajatnya yang berbunyi,
“Tuhan, aku adalah si
miskin yang terdampar,
Diseksa dan dihina
malah dipukul,
Diriku dibelenggu oleh
perhambaan,
Nilai kemerdekaan yang
Engkau kurniakan sudah diragut,
Aku juga menampung
segala derita,
Aku tetap sabar
menerima dan menahannya,
Namun, sekiranya
singgah lagi ujian derita,
Yang menodai jiwa dan
menipiskan kesabaranku,
Yang lebih perit
deritanya daripada apa yang mampuditanggung,
Ia merobek dan
menghancur luhurkan batinku,
Ikhlas dan sabarku
senipis salju,
Tuhanku, gerangan
apakah kebimbangan ini?
Akan berubahkan
pandanganMu kepada diriku?”
Itulah kemabukan cinta yang paling agung, dan orang yang
layak merasainya adalah Rabiah al-Adawiy.
Saban hari Rabiah sering berdoa agar dibebaskan daripada
menjadi hamba kepada makhlukNya sedang beliau mendambakan waktu sepenuhnya
untuk mengabdikan diri sebagai hamba kepadaNya sahaja.
Suatu hari sewaktu Rabiah diarah agar ke pasar untuk membeli
barang dapur tuannya, beliau telah melalui sebuah lorong sunyi dan tiba-tiba muncul
seperti kelibat seorang lelaki yang berwatakkan yang mencurigakan, Rabiah mengesyaki
dia ada berniat tidak baik kepadanya. Namun ditakdirkan Allah SWT sewaktu
sahaja lelaki itu cuba mendekatinya penduduk kampung datang dan segera
menyergah dan menangkap lelaki tersebut. Seusai pulang Rabiah dimaki dan
dihamun oleh tuannya kerana pulang lewat dan tuannya juga perasan akan balutan
yang ada pada tangan Rabiah. Tangan Rabiah telah patah akibat daripada
peristiwa dilorong tadi dan telah dirawat oleh seorang wanita. Perbicaraan oleh
tuan dan isteri tuannya itu membualkan soal Rabiah walaupun sudah cedera namun
masih lagi gagah dan kuat beribadah seperti membaca Quran dan solat. Itu telah
menimbulkan kehairanan bagi mereka adakah Rabiah tersebut adalah wali Allah?
Maka celakalah bagi mereka sekiranya mereka dapati Rabiah adalah waliyallah
kerana mereka telah melayan seorang waliyallah dengan layanan yang teruk
sekali.
Sesuatu yang aneh telah berlaku pada suatu malam apabila
tuannya mendengar suatu alunan suara yang merdu sepertinya di bilik Rabiah dan
mendapati bahawa Rabiah sedang sujud berdoa kepada Allah. Badan lelaki
menggeletar seluruh tubuhnya dan kembali ke bilik lantas memberitahu isterinya
bahawa mereka dalam masalah yang besar kerana benarlah Rabiah itu adalah
waliyallah kerana terdapat peristiwa aneh yang berlaku sewaktu di bilik Rabiah.
Lampu api yang dibekalkan oleh tuannya kepada Rabiah hanyalah lampu pelita yang
kecil namun sewaktu tuannya itu sedang melihat Rabiah dibiliknya, seolah-olah
lampu itu menyala sangatlah terang dan seakan mahu menerkamnya dan
memberitahunya bahawa dia tidak layak berada di situ.
Dengan izin Allah SWT, akhirnya Rabiah telah dibebaskan dan
Rabiah membuat keputusan mahu pulang ke kota Basrah. Dengan bantuan kabilah di
sana beliau pulang semula ke kota Basrah dan segera ke pondok using pusaka
ayahnya namun kakak-kakaknya telah lama meninggalkan pondok tersebut setelah
mendapati kehilangan adik mereka iaitu Rabiah, dikatakan oleh jirannya. Rabiah
cuba untuk menyara diri namun tiada pekerjaan yang dapat dilakukannya kerana
pekerjaan di kota telah dimonopoli oleh lelaki.
Saat itu kota Basrah amat dipengaruhi dengan aliran sufi
yang berkembang. Salah seorang ulama’ yang berjaya mendapat perhatian penduduk
Basrah adalah Syeikh Hasan bin Abi Hasan. Suasana kota Basrah telah berubah,
penduduknya berpakaian pakaian seperti orang yang zuhud kerana pengaruh tarekat
sufi yang ada di kota tersebut. Rabiah di sarankan untuk menyertai kumpulan
zikir yang diketuai oleh Syeikh Hasan bin Abi Hasan lalu Rabiah telah
bertanyakan kepada para ulama’ dan para alim di kota tersebut. Jawapan yang
beliau peroleh bergantung kepada siapa beliau bertanyakan kerana terdapat
pelbagai jawapan yang berbeza dan memeningkan. Lalu Rabiah melakukan istikharah
meminta petunjuk daripada Allah SWT dan ternyata jiwanya yang halus amat sesuai
dengan aliran sufi.
Nama Rabiah sering kali disebut-sebut oleh masyarakat Basrah
kerana kehandalannya dalam mengalunkan bunyi seruling dan zikir yang dapat
mengembalikan rindu seseorang hamba itu kepada Allah. Bermakna kemerduannya
tidak asing, dapat mememabukkan seseorang itu untuk berzikir mencintai Allah
SWT. Malah bukan sahaja rakyat biasa yang menghadiri majlis zikir itu, malah
para ulama’ kota Basrah juga turut menghadirkan diri bersama-sama bermunajat
membasahi bibir dengan alunan zikrullah. Rabiah kini diangkat darjatnya sebagai
ulama’ kerana ilmunya yang hebat dan beliau sering didatangi oleh para ulama’
serta gurunya sendiri juga merujuk dan berguru dengannya kerana ilmunya
terutama dalam bidang kesufian yang setaraf dengan para ulama’.
Rabiah juga dikurniakan seorang anak murid yang bernama
Abdah atau nama sebenarnya Abdah binti Abi Syawal yakni anak murid pertama dan
paling lama dengannya. Rabiah memilih Abdah kerana sifat yang ditonjolkan oleh
Abdah ada mirip dengan dirinya. Menurut Abdah, Rabiah yakni gurunya telah
berhenti daripada menyertai majlis zikir kerana beliau sudah nampak kesan yang
selama ini ditakuti olehnya. Kata Rabiah kepada Abdah, beliau amat takut
sekiranya mereka yang hadir ke majlis zikir itu kerana dirinya bukan kerana
Allah, Rabiah khuatir mereka menganggap nikmat zikir itu dapat dirasakan
apabila dengan seruan dan tiupan seruling Rabiah walhal ianya hanyalah
penyebab. Pernah diceritakan bahawa telah datang sekumpulan wanita datang
memujuk Rabiah namum pendirian Rabiah tetap kerana beliau mahu menghabiskan
masa beruzlah atau terus mengabdikan diri kepada Allah secara berterusan dan
majlis zikir tersebut beliau telah serahkan kepada sesiapa sahaja yang
selayaknya agar mereka yang hadir majlis zikir itu dapat tajdid (perbaharui) semula
niat mereka kerana Allah SWT sahaja.
Abdah merupakah insan yang paling rapat dengan Rabiah dan
beliau telah menghabiskan masa mudanya bersama Rabiah. Abdah merupakan tempat
orang ramai bertanyakan perihal gurunya kerana Abdah adalah orang yang paling rapat
serta paling dipercayai. Menurut Abdah binti Abi Syawal, gurunya itu, Rabiah,
tidak pernah menghabiskan waktu malamnya selepas waktu Isha’ melainkan dengan
solat dan ibadah sehingga fajar. Lalu Rabiah akan berehat sebentar dengan
melelapkan matanya. Hanya seketika kemudian, guru bangkit dan seraya bersyair,
“Wahai diri,
Berapakah lamanya kau
perlukan bagi melelapkan dirimu,
Sampai bila pula
dirimu akan terbaring,
Hampir sahaja dirimu
terlelap lena dalam perbaringanmu,
Hampir juga terus
engkau tidak mampu bangkit,
Kecuali tatkala
sangkala ditiupkan,
Ketika manusia lena
dibuai nikmatnya tidur,
Maka bangkitlah diri
ini dan wajibkan dirimu,
Kerana diri ini akan
mendatangi-Nya”
Lama kelamaan
kedewasaan Rabiah telah mencapai umur yang mana orang kata sudah molek untuk
berumah tangga. Namun bagi Rabiah, perkahwinan adalah satu tuntutan fitrah
malah ia juga sunnah bagi melengkapkan fitrah manusia namun bukan bagi Rabiah
kerana nafsu Rabiah telah lama ditundukkan kerana beliau sudah mendapat cinta
yang Hakiki. Ramai yang telah cuba untuk masuk meminang Rabiah, namun
kesemuanya pulang dengan kekecewaan. Begitu jugalah bagi Sultan Muhammad
Hasyimi yakni Raja di kota Basrah ketika itu, lamaran baginda juga ditolak
dengan lembut oleh Rabiah, fahamlah raja tersebut bahawa maqam Rabiah terlalu
tinggi dan beliau tidak layak untuk Rabiah.
Pernah juga diceritakan bahawa Abdul Wahid bin Zaid yakni
sahabat seperjuangan Rabiah sewaktu beliau bersama-sama menuntut ilmu bersama
Rabiah dahulu juga pernah cuba untuk melamar Rabiah dengan cubaan pertamanya
beliau telah menghantar anak pondoknya iaitu Abdullah untuk menyampaikan
hasratnya itu lantas ditolak dengan lembut. Namun sikap tidak putus asa Abdul
Wahid menyebabkan beliau telah mencuba kali kedua dan beliau telah ditolak
dengan keras oleh Rabiah kerana tidak mempercayai bahawa dia sanggup melakukan
sebegitu meski beliau sudah memahami bagaimana Rabiah itu sewaktu mereka bersama-sama
menuntut ilmu.
Suatu hari Hasan Al-Basri iaitu seorang ulama di kota Basrah
telah datang melawat Rabiah. Pernah ditanyakan kepada Rabiah adakah Rabiah mahu
bernikah namun jawab Rabiah tenang sahaja kerana beliau tidak memerlukan
perkahwinan tambahan beliau sudah bernazar agar tidak akan berkahwin sehingga
akhir hayat dan mahu mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah sepanjang
hidupnya.
Rabiah sangatlah zuhud dikalangan para ulama dan ahli ibadat
di kota Basrah. Dikatakan rumah Rabiah tidak mempunyai sebarang perabot
melainkan tikar lama yang diperbuat daripada pelepah tamar. Kedhaifan hidup Rabiah
telah didatangi ramai pengunjung yang mahu menyedekahkan makanan, serta wang
untuknya kerana kasihan melihat Rabiah yang hidup miskin. Namun tiada satu pun
hadiah yang diterima oleh Rabiah.
Pernah suatu hari Sufian Al-Tsauri, ulama sufi datang
bertemu Rabiah. Pelbagai persoalan ditanyakan kepada Rabiah. Jika mahu
diceritakan terlalu banyak namun yang menarik bagi saya ialah apabila Rabiah
ditanyakan soalan berkaitan soal pemurah bagi Rabiah oleh Sufian al-Tsauri,
jawab Rabiah ialah,
“Pemurah itu maksudnya
apabila kita mengabdikan diri semata-mata kerana mengharapkan cinta daripada
Allah. Pada masa yang sama, kita tak sekalipun mengharap balasan daripada-Nya.”
Suatu hari pernah sekali rumah Rabiah dicerobohi pencuri,
namun keadaan rumah yang gelap menyebabkan pencuri tidak menyedari keadaan
Rabiah di sana. Pencuri itu datang dengan penuh harapan namun apa yang mereka
dapat adalah kekecewaan dan hampa kerana yang ada di dalam rumah tersebut
hanyalah sebuah takar diperbuat daripada tanah sahaja.
Tiba-tiba muncul satu suara menyuruh mereka agar mengambil
sesuatu dari rumah itu dan pulang dengan sesuatu lantas pencuri itu mencari
lagi dan yang mereka dapati hanyalah sebuah takar tadi sahaja. Lantas Rabiah
menyuruh mereka ambil takar itu dan segera ambil wudhuk dan lakukanlah solat
sunat dua rakaat. Dengan cara itu mereka akan pulang dengan sesuatu. Namun
kata-kata itu bak anak panah yang menusuk sanu bari, tepat.Tanpa dipaksa menurut kata-kata Rabiah,
mereka segera melakukan solat sunat dua rakaat. Usai itu Rabiah terus
mengangkat tangan dan menadahkan tangan seraya berdoa dengan sebak,
“Ya Allah, mereka ini
sudah memasuki rumah ini, namun tak barangan berharga yang mereka temui.
Sekarang ku pinta mereka untuk menghadap dan berdiri di pintu-Mu, jangan Engkau
menghalang dan mencegah mereka dari mendapat reda dan ampun-Mu.”
Tanpa disangka, mereka terus mengerjakan solat sunat
sehingga fajar menyinsing dan terus melangsaikan solat subuh. Kemudianlah baru
mereka bersedia melangkah dari rumah Rabiah.
Akhir sekali, sewaktu pemergian Rabiah, hampir kesemua para
ulama dan rumah Rabiah penuh dengan pengunjung yang risau akan keadaan Rabiah
yang semakin tenat. Akhirnya masa telah tiba, dan waktunya untuk Rabiah
mendapatkan kecintaan abadinya. Rabiah seraya menyuruh semua hadirin bangkit
kerana mahu menghormati utusan Allah walhal tiada siapa yang melihatnya lantas
akur. Setelah itu Rabiah menyuruh semua yang hadir agar keluar dari biliknya
dan membiarkan Rabiah bersendirian bersama utusan Allah itu. Namun sebelum
semuanya keluar, Rabiah memanggil Abdah untuk bersamanya dan membantunya untuk
memaikan Rabiah purdah dan jubahnya itu.
Di saat hembusan nafasnya yang terakhir itu, saat itulah
perginya seorang serikandi Islam. Yang ditinggalkan Rabiah hanyalah sebidang
tikar sebagai tempat alas tidur dan beberapa takar yang digunakan untuk minum
dan berwuduk. Tetapi Rabiah membawa buku amalan harian yang berhias dan
bercorakkan bebunga iman dan takwa, serta disinari kesucian dan kemuliaan.
Ini adalah perkongsian daripada sahabat saya, semoga bermanfaat dan mendapat ibrah daripada kisah ini inshaa Allah.
* * * * *
Perkongsian dr sabahat
Tak boleh dgr nama 'Kak Syaza'. Satu2nya nama role model saya. Dia lah insan pertama yg kenalkan saya dgn usrah. Ya Allah.
Masa mula2 saya masuk uitm dulu, saya tak pernah tahu psal tarbiyah. Tudung saya atas dada, ikhtilat tak berapa jaga, mcm2 lah. Mgkin tak teruk, tapi memang, perasaan cinta pd Allah dan islam kurg ada.
Bila masuk uitm, pertama kali saya terduduk sebelah perempuan yg tinggi, tudungnya labuh sangat. Tak berapa cantik tapi saya senang tgk dia
Hari demi hari, orientasi, taklimat, saya perhati je cara dia
Mmg, dia tudung labuh, mcm org tudung labuh yg lain saya nampak sebelum2nya tapi saya dpt rasa dia sgt lain
Jujurnya saya kata, selama ni yg saya nampak, org tudung labuh biasa akan berdakwah melalui percakapan, berdakwah dgn nasihat, dan mcm biasa saya dh kalis dgn semua tu
Tp dgn dia, tanpa dia sebut apa2 pun dh buat saya tertarik
Masa taklimat, kalau lelaki yg berceramah, dia tak akan pandang lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi..
Tp dia dengar.
Lepas tu kalau dlm orientasi, masa bersenam, dia bersenam sekali. Tp bila tiba part tonggek2 dia akan berdiri tegak tak akan ikut
Lepas tu dia tak pilih kasih. Dia kawan je dgn semua org dan org freehair pun senang dgn dia
Dia jawab "syazana, panggil syaza." lepas tu dia senyum. Saya tanya lagi, sbb muka dia nmpk matang dan dia mmg tinggi. "umur?"
Masa tu saya 18. Dia jawab, "20.." terus saya panggil dia akak. Sebelum ni dia belajar kt sunway college tapi tak boleh bawak.. Dia berhenti terus masuk uitm. Sbb tu dia tua sikit 2 tahun
Sejak dari tu mmg panggil dia kak syaza.
Masa dh start p&p dia mmg sgt humble. Takde pun nampak pandai ke apa ke, tapi ya Allah... Setiap kali belajar, walaupun tanpa test atau quiz, kalau lecturer dh habis ajar mesti dia akan tanya soalan2 yg tak terlintas di fikiran kami.
Dari cara dia mmg dh dpt agak, cara dia berfikir tak sama macam kami semua
Lepas tu, hadir lah test, quiz, everything and she scored 100% tak pernah bawah 96%. 96% tu lah markah dia yg paling rendah saya tgk
Sampai saya jeles lah dgn dia. Saya tanya org yg serumah dgn dia, apa dia buat smpai pandai?
Budak rumah kata dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal, lepas subuh dia tak akan tidur dan paling menarik, masa dia dtg bulan, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah2 dia boleh solat.
Saya tanya 'hah? Kenapa pelik sangat?'
Budak rumah dia kata, 'entah. Dia mmg macam tu. Haritu ada tanya kenapa, dia ckp, supaya dh kahwin nanti dan ada anak, anaknya akan tgk, hubungan dgn Allah tak pernah putus meskipun Allah bg kita cuti..'
Tegak bulu roma ni bila dgr. Sumpah, tak pernah saya lihat org luarbiasa mcm ni.
Biasa tapi luarbiasa
Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak tanya dia sesuatu. Ditakdirkan pulak saya dtg awal dan dia dh ada dlm kelas, terus saya duduk. Lama jugak lah termenung nak tanya ke tidak.
"akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"
Dia pandang saya, senyum dan tanya saya balik, "awak rasa, kenapa?" dari cara dia tanya, dia bukan menyindir.
Biasanya kalau saya tanya org tudung labuh yg lain diorg akan jwb panjang lebar sekali hadis sehempuk ayat quran selebar semendang. Tp tidak dia.
"er... Sbb akak alim? Hehe."
"bagi awak, alim tu mcmana?" katanya sedikit ketawa mcm lucu tgk saya.
'lah dia soal aku pulak? Lagi lah aku tak tau! Hahahaha!' - monolog dlm hati. Tergaru2 kepala.
"er,, alim tu mcm akak lah. Pakai tudung labuh, kuat igt Allah.. Erm."
Lepas tu dia ketawa smbil geleng. "akak tak alim, akak masih jahil lagi. Akak pakai mcm ni sbb akak org islam, mcm awak."
Secara automatik saya rasa malu dan pegang tudung saya.
Dia smbung lagi, "kita sembah Tuhan yang sama, kan?"
Saya angguk.
"Tanya lah hati." dia senyum lagi. Secara automatik saya terfikir2 dan fikir apa yg dia kata...
Okay lah. Sng cerita, dia mmg a good role model. Bijak, suka mencari peluang, mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Dari cara dia yg serba boleh itulah saya sentiasa berbual dgn dia n berdamping dgn dia. Ditakdirkan sem kedua saya dpt serumah dgn dia, barulah saya nampak cara hidup dia didepan mata.
Hahaha. Dia mmg sgt biasa sahaja. Yg buat saya sayu bila teringat...
Tiap kali dia tidur dia akan mengigau. Tp apa yg dia mengigau tu lucu + mengkagumkan.
"jazakillah ukhti.. Ok2 esok syaza datang." "ya Allah, aku futur!" "asbahna muqminan haqqan!" antara2 apa yg dia mengigau. Yg buat saya kagum ialah, fuh. Pegangan dia tu kuat betul smpai mengigau2.
Yelah, katil double decker. Saya tidur bawah katil dia. Sebijik2 apa yg dia ngigau saya dgr. Lepas tu, mmg saya tgk, apart from solat tepat waktu, selalu mengaji, berzikir atas kain batik masa uzur, tak ada yg lain yg luarbiasa.
Melainkan sesuatu yg Allah dh takdirkan saya ternampak.
Diari dia. Dalam tu penuh dgn keluh kesah dia yg tak pernah dia cerita. Saya menangis baca. Insan gagah seperti dia rupanya ada lagi banyak masalah berbanding kita semua. Dan tak ada satu pun dari catatan dia yg tak diakhiri dgn "sungguh, Allah itu maha memudahkan segala kesulitan. Aku berserah."
Dan ditengah2 buku diari tu saya sempat nampak "1000 impian sebelum hayatku tiba."
Dalam tu lah tercatatnya semua amal harian dia yg ingin dia lakukan sebelum dia mati. Termasuklah tak tinggal berzikir meskipun cuti. Benda simple pun dia tulis. "tak mungkir janji." "satu hari 100 alhamdulillah" "husnuzon meski pada seorang cikaro"
Mcm2. Rupanya itulah kekuatan dia: Allah, dan ingat mati.
Saya dgn rela hati cakap dgn dia nak masuk duni tarbiyah, dia terus belikan saya sehelai tudung bidang 48 & sepasang handsock. Saya pakai, saya rasa selesa. Alhamdulillah. Usrah dia mmg sgt best, ada game sirah, ada part tajwid, tazkirah yg sgt best, dan hati saya terpaut masuk usrah, tak tinggal lagi dah.
Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi walaupun sibuk dgn usrah... Sng cite, dia mmg gagah. Bab dugaan dia sgt berat lah.
Akhir cerita, masa last exam saya nampak dia bengkak mata.
Tak tidur malam sampai lah ke hari exam. Ditanya2 kenapa dia tak jawab. Dia masuk dewan mcm biasa, tup2 dia keluar awal. Paper kemudiannya dia buat mcm tu lagi. Sampai habis.
Last sekali saya tanya masa dia nak cepat pergi ke sesuatu tmpt, "akak nak pergi mana? Kenapa mata akak bengkak?
"ayah akak meninggal 2 hari lepas. Akak kena balik, doakan akak tau."
Dia peluk saya lama, itulah kali terakhir saya berbicara dgn dia. Saya rasa sebak sbb dua hari ayahnya meninggal tu lah paper kami padat. Tapi dia tak balik. Dia stay kolej. Betapa luluh hati ni tgk dia gagah..
Dia last skali kosongkan kolej. Tgk dia tak balik2, kami semua pun kemas lah barang balik kampung. Tu lah kali terakhir. Lost contact. Nombor dia dh tukar, facebook dh tak guna dah, tak ada satu pun saya dpt trace. Semua dh kehilangan dia skrg.
Akhir sekali saya nak cerita pasal psl ilmu.
Saya pernah bertanya pd kak syaza,
"akak, saya baca banyak kali nota2 saya. Tiap2 lepas kelas kot. Tp kenapa saya masih bebal lagi? Saya tgk akak rilek je dh dpt high marks"
Dia jawab, "Syaro, ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan hinggap pada benda yg kotor, cuba syaro fikir balik, ada tak apa2 yg syaro dh buat smpai ilmu tak mahu lekat pd hati?"
Saya fikir, banyak. Saya berjimba dgn kawan, saya masih ada crush, saya suka mengumpat, saya suka menyampah kt lecturer. Lecturer lambat ckit masuk kelas saya dh menyampah dah.
Terus sejak tu saya koreksi diri saya, saya jaga hati saya dari buat maksiat, walaupun sekecil2. Dan alhamdulillah sampai skrg, tak perlu struggle sgt dlm study, dh dpt faham sedalam2nya.
Akhir sekali, ayat kak syaza, "Apa2 yg disandarkan pd Allah, yg lain2 urusan akan tertembak sama tanpa perlu work hard. Ingat, syaro. Allah."
Okay, dah sekian tu je cerita kak syaza utk harini.
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil
A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu Wassalamu A'la
Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin, Walhamdulillahi Rabbil A'lamin.
Team
Tazkirah akan berkongsi 4 kisah yang diambil dari Surah al-Kahfi. Kalau kita
baca surah al-Kahfi, kita akan lihat terdapat 4 kisah yang penuh dengan hikmah
dan tidak mungkin kisah tu dicatat dalam al-Quran tanpa sebarang sebab. Sungguh
banyak hadis yang menyebutkan tentang fadhilat membaca surah al-Kahfi,
antaranya:
“Barangsiapa membaca surah
al-Kahfi di hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua
Jumaat.” [HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari
hadis ini dalam Takhrij al-Adzkar, ‘Hadits hasan.’]
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya
kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” Al-Mundziri
berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya
dengan isnad yang tidak apa-apa. [Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298]
“Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah al-Kahfi,
di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal.” [Diriwayatkan oleh Ahmad
dan Muslim, An-Nasaie]
Surah al-Kahfi bukan hanya mengandungi pelbagai fadhilat
tetapi isi kandungan surah ini cukup sempurna. Dengan kisah-kisah yang dapat
kita ambil manfaatnya dan menjadikan ia satu pengajaran. Ada 4 kisah yang
istimewa lagi penuh dengan pengajaran:
1. Kisah Ashabul Kahfi
2. Kisah 2 Pemilik Kebun
3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir
4. Kisah Raja Zulqarnain
Kisah pertama - Ashabul Kahfi
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai
Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab
di Amman. Allah SWT menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam
Surah Al-Kahf (Surah ke-18).
Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda-pemuda
yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rom yang zalim dan
menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rom membina Liga Decapolis yang
berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus
atau Decius memerintah pada ketika itu. Daqyanus menganut agama berhala dan
memusuhi agama yang dibawa oleh Nabi Isa.
Di dalam kisah ini, ada pendapat yang mengatakan ada
beberapa orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke
sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus.
Antara kesan yang masih dapat dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas
gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah
tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat
menembusinya. Tentang bilangan pemuda ini hanya Allah SWT yang tahu. Ada yang
kata 3 dan ada kata 4 atau ada pula kata 7.
Kisah pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan
raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah. Pemuda
tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke
sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309
tahun. Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli
makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki
gua. Sebab ketika dia hendak membeli makanan, duit pemuda itu sudah tidak laku
pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan). Pemuda tersebut kembali ke gua
dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.
Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman
maharaja Rom, Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan
memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja
yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya.
Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang
memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.
Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku
pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa
diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang
tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan
perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka
akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi.
Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur
ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi. Jadi
lokasinya pun satu misteri. Ada banyak gua yang dikatakan sebagai gua ashabul
kahfi.
Kisah kedua - Dua pemilik kebun. Satu yang beriman dan
satu lagi yang ingkar kepada Allah.
Kisah ini ada banyak versi dan pendapat oleh ulama. Antara
versi kisah ini disebut dalam tafsir Imam Qurtubi. Ada dua pemilik kebun yang
nama si mukmin tu adalah Tamlikh dan yang kafir adalah Qurthusy. Dulu keduanya
adalah orang yang bekerjasama dalam suatu bisnes, kemudian mereka membahagikan
hartanya menjadi dua, masing-masing mereka mendapat 3,000 dinar.
Si mukmin membelanjakan hartanya tersebut: 1,000 dinar yang
pertama dibelanjakan untuk membeli budak yang kemudian dia merdekakan, 1,000
dinar yang kedua dibelanjakan untuk membeli pakaian yang dia berikan pada
orang-orang yang tidak mempunyai pakaian dan 1,000 dinar yang ketiga
dibelanjakan untuk membeli makanan untuk orang-orang yang kelaparan, membangun
masjid dan kegiatan-kegiatan kebajikan lainnya.
Sedangkan si kafir menggunakan wangnya untuk menikah,
membeli ternak dan lembu. Kemudian haiwan ternak dan lembunya membiak menjadi
banyak. Sehingga dia menjadi termasuk orang-orang kaya pada zamannya yang
mempunyai harta melimpah.
Pada suatu hari, si mukmin tersepit suatu keperluan sehingga
dia ingin bekerja di kebun si kafir. Dia mendatangi si kafir, hampir-hampir si
mukmin tidak mampu menemuinya kerana ketat dan banyak pengawalnya. Maka tatkala
si mukmin ini masuk menemuinya dan mengutarakan maksud kedatangannya, kemudian
terjadi dialog diantara mereka berdua:
Si kafir: Bukankah harta kita telah dibahagi menjadi
dua bahagian? Lantas untuk apa saja kau gunakan harta bahagianmu?
Si mukmin: Aku telah membeli dari Allah apa yang
lebih baik dan lebih kekal dengan bahagianku itu.
Si kafir: Aku tidak percaya kiamat itu akan terjadi,
tidaklah aku melihatmu melainkan orang yang bodoh! Dan tidaklah balasan bagi
orang yang bodoh kecuali tidak dikabulkan permintaannya. Tidakkah kamu melihat
apa yang aku lakukan dengan hartaku sehingga menjadi orang yang kaya dan
mempunyai keadaan yang baik? Itu semua kerana usahaku, sedangkan kamu telah
melakukan hal yang bodoh. Maka berambuslah dari hadapanku!
Kemudian akhir kisah si kafir yang kaya tersebut sebagaimana
disebutkan Allah dalam surat al-Kahfi iaitu rosaknya semua tanamannya dan
lenyap pula semua hartanya. Jadi itulah kisahnya.
Kisah ketiga - Nabi Musa dan Nabi Khidir.
Nabi khidir adalah nabi yang misteri dan sering dibahaskan
oleh para ulama. Persoalannya, Nabi Khidir adalah nabi atau hanya wali Allah?
Persoalan lainnya, adakah Nabi Khidir masih hidup atau sebaliknya? Nabi Khidir
adalah nabi tetapi bukan dalam kalangan 25 Rasul. Ada yang berpendapat Nabi
Khidir belum lagi wafat. Ini telah dibahaskan dalam usrah Team Tazkirah yang
lalu iaitu ‘Kisah Nabi Khidir: Nabi Yang masih Hidup.’
Jadi dalam surah al-Kahfi, Allah SWT ceritakan kisah Nabi
Musa dan Nabi Khidir. Suatu hari Musa menjadi khatib di hadapan bani Israil,
lalu ia ditanya, “Siapakah orang yang paling alim?” Musa menjawab, “Saya.”
Kemudian Allah tegur Nabi Musa dan mewahyukan kepada Musa untuk bertemu dengan
seorang hamba Allah dan mengambil manfaat darinya. Siapakah hamba Allah itu?
Nabi Musa dengan saudaranya, Yusya’ bin Nuun pun ingin mencari siapakah hamba
Allah itu. Selepas Allah mewahyukan pada Musa tentang dimanakah Nabi Khidir.
Ceritanya panjang. Ia diceritakan lebar di dalam Suratul Kahfi, boleh rujuk dan
baca Surah al-Kahfi.
Jadi dipendekkan cerita. Ketika keduanya sampai di sebuah
batu besar, mereka melihat seseorang yang sedang merapikan pakaiannya. Nabi
Musa mengucapkan salam kepadanya dengan ucapannya, “Aku datang kepada engkau,
dengan harapan engkau sudi mengajariku apa-apa yang telah diajarkan kepada
engkau berupa ilmu yang benar.” Nabi khidir menetapkan syarat kepada Musa agar
tidak bertanya tentang apa pun hingga Khidir sendiri yang akan menjelaskannya.
Lalu berpisahlah Nabi Musa dengan Yusya' Ibn Nuun dan Nabi Musa berjalan bersama-sama
dengan Nabi Khidir.
Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan laut dan mereka
ingin naik sebuah bahtera untuk mengangkut mereka. Maka datang seorang pembawa
bahtera dan menawarkan mereka untuk naik. Dalam bahtera tersebut, Nabi Khidir
tiba-tiba pecahkan sebuah papan pada badan kapal, namun Nabi Musa tidak setuju
dan marah sebab dipecahkan kapal orang itu. Nabi Khidir lalu mengingatkan Nabi
Musa akan janjinya, lalu Nabi Musa pun meminta maaf. Keduanya pun keluar dari
bahtera apabila sudah sampai. Mereka meneruskan perjalanan lagi dan Nabi Khidir
melihat seorang anak yang sedang bermain bersama kawan-kawannya kemudian Nabi
Khidir bunuh salah satu dari kumpulan budak-budak itu. Nabi Musa menentang apa
yang dilakukan Nabi Khidir dengan lebih keras daripada penolakannya pada
kejadian yang pertama, maka Nabi Khidir mengingatkan Musa akan janjinya iaitu
jangan bertanya. Nabi Musa pun terdiam dengan berjanji bahwa dirinya bersedia
(jika bertanya yang ketiga kalinya), maka beliau akan tinggalkan Nabi Khidir.
Maka diteruskan lagi perjalanan, lalu mereka memasuki ke suatu kampung. Mereka
meminta makanan daripada penduduk kampung itu, namun penduduk kampung itu
menolak. Dalam kampung itu, semua tidak mahu bantu mereka berdua yang merupakan
musafir bagi orang kampung itu. Semua halau dan memarahi meraka berdua. Lalu
Nabi Khidir melihat dinding yang hampir pecah, ia pun memperbaikinya. Nabi Musa
berkata kepadanya, “Tidakkah engkau meminta upah perbaikan dinding?” Dan Nabi
Musa tidak setuju, atas sebab apa mahu bantu baiki dinding tersebut sedangkan
orang kampung ini semuanya sombong dan buruk akhlaknya.
Oleh kerana sudah 3 kali Nabi musa bertnya, maka Nabi Musa
pun tidak diizinkan untuk mengikut Nabi Khidir lagi. Nabi Khidir lalu
menjelaskan semua kejadian yang mengundang persoalan Musa. Nabi Khidir
memecahkan papan dari kapal agar tidak dirampas oleh seorang raja yang zalim,
sebab ada raja yang akan merampas kapal-kapal dan untuk elakkan dari dirampas
maka dengan dipecahkan kapal itu. Raja tidak akan rampas sebab sudah pecah dan
tidak berguna lagi. Anak yang ia bunuh adalah seorang anak yang dimana bila
jadi besar, dia akan menjadi seorang yang jahat dan kafir, sedangkan kedua
orang tuanya adalah orang mukmin. Nabi Khidir bimbang jika kecintaan keduanya
kepada anaknya akan membawa keduanya kepada agama anaknya. Adapun tembok yang
hampir pecah, di bawahnya terdapat harta karun berupa emas milik dua orang anak
yatim. Allah hendak menjaga dan memelihara harta itu hingga keduanya menjadi
dewasa, untuk elakkan dari tembok itu runtuh, Nabi Khidir pun membaiki tembok
itu.
Kisah keempat - Kisah Raja Zulkarnain.
Raja Zulkarnain ini membawa maksud ‘dia yang mempunyai dua
tanduk’. Ada ulama kata, namanya membawa maksud itu sebab kerajaannya adalah
antara timur dan barat. Raja Zulkarnain ini walaupun hebat dan mempunyai
empayar yang besar, beliau seorang raja yang soleh. Jadi ada orang kata Raja
Zulkarnain ini kemungkinannya adalah King Alexander the Great. Sebab dalam
sejarah, dia ada empayar yang besar iaitu empayar Macedonia. Wallahualam.
Menurut Ibnu Abbas, ia adalah seorang raja yang soleh. Ia seorang pengembara
dan ketika sampai di antara dua gunung antara Armenia dan Azerbaijan.
Pada satu masa, semasa Raja Zulkarnain sedang berjalan bersama
askarnya, tiba-tiba terjumpa satu kaum yang bahasa dia tidak difahami oleh Raja
Zulkarnain. Maknanya mereka dari bangsa yang lain. Mereka datang kepada Raja
itu dan mengadu ada satu kaum lain ini yang suka melakukan kerosakan dan ganggu
hidup mereka. Itulah kaum Yakjuj dan Makjuj yang suka mengganggu kampung
mereka. Maka orang-orang kampung itu minta tolong dari Raja itu untuk melakukan
sesuatu untuk Yakjuj dan Makjuj tidak lagi ganggu mereka. Maka Raja Zulkarnain
menyuruh mereka cari besi. Dengan besi itu, Raja pun buat tembok yang sangat
tinggi. Tapi Raja Zulkarnain itu tidak minta sebarang upah pun. MashaAllah.
Jadi Raja Zulkarnain membuat tembok yang tinggi hingga Yakjuj dan Makjuj
dikepung dan tidak boleh keluar lagi.
Tembok ini satu misteri, lokasinya tidak diketahui. Tapi
mereka akan keluar dengan mencuba pecahkan tembok tu sedikit demi sedikit.
Sampai mereka berjaya buat lubang dan melepaskan diri. Ini akan terjadi pada
akhir zaman bila hampir kiamat. “Nabi SAW bangun dari tidurnya dengan wajah
memerah, kemudian bersabda; ‘Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari
kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (iaitu) telah dibukanya penutup
Ya`juj dan Ma`juj seperti ini!’ Beliau melingkarkan jari tangannya. (Dalam
riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; 'Ya
Rasulullah SAW, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang soleh?’
Beliau menjawab; ‘Ya, jika banyak keburukan.’ [HR. Ahmad, Al-Bukhari dan
Muslim]
Pengajaran yang dapat kita lihat:
Kisah pertama - Kisah Ashabul Kahfi. Kisah ini
memberi pengajaran bagi pemuda yang kuat imannya. Sanggup lakukan apa pun untuk
selamatkan aqidah. Walaupun dengan nyawa.
Kisah kedua - Kisah 2 Pemilik Kebun. Allah akan
menguji hambaNya dengan harta. Orang mukmin akan buat harta dengan baik seperti
sedekah, tolong orang miskin. Tapi orang kafir dan orang yang kufurkan nikmat
Allah, akan menyalahguna harta dan menjadi sombong. Perkara ini sudah berlaku
pada zaman sekarang, lupa agama bila sudah kaya. Rumah besar tapi tidak
digunakan satu pun ruang untuk solat. Kereta banyak tapi satu pun tidak jejak
parkir masjid. Duit banyak tapi tidak cukup kain.
Kisah ketiga - Nabi Musa dan Nabi Khidir. Ini adalah
tentang ilmu. Betapa pentingnya ilmu itu dan kita mestilah sentiasa rasakan
diri ini sikit ilmu dan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu. Dengan ilmu, akan
tahulah hikmah Allah. Kita akan lebih faham dengan ujian Allah. Itulah dia ilmu
firasat. Orang mukmin ada firasat yang kuat. Apabila dia melihat gempa bumi,
dia ada perasaan dalam dirinya dan dia faham kenapa Allah bagi ujian itu.
Kisah keempat - Kisah Raja Zulkarnain. Ini adalah
berkenaan kuasa. Allah akan menguji apabila kita ada kuasa. Tidak kira dalam
jawatan apa pun. Adakah kita akan menjadi adil? Lebih-lebih lagi pemerintah,
kenalah adil dengan rakyat.
InsyaAllah, semua pengajaran ini adalah satu tips untuk
mengelak dari fitnah Dajjal. Kenapa? Dajjal akan datang untuk menguji aqidah.
Jadi, kita lihat kisah pertama. Dajjal akan datang dan menguji dengan harta,
sebab Dajjal adalah orang yang kaya. Siapa yang ikut dia, akan mendapat syurga
yang Dajjal buat. Seperti kisah kedua, bagaimana orang mukmin itu tidak
terpedaya dengan harta yang banyak dan dia gunakan di atas jalan Allah. Lihat
pula pada kisah yang ketiga, Dajjal akan menguji ilmu kita, jika kita jahil,
maka kita akan tertipu dengannya. Ada satu kisah, orang ini ditanya oleh
Dajjal. Dajjal bertanya, “Adakah kau akan percaya aku ini Tuhan jika aku
menghidupkan kedua orang tuamu?” Orang itu jawab, “Cuba kau lakukan.” Dajjal
itu pun berpakat dengan dua syaitan. Lalu syaitan pun menyerupai dirinya dengan
menjadi ibubapa orang itu. Orang itu terpedaya kerana melihat ibubapanya telah
dihidupkan dan Orang itu pun menjadi pengikut Dajjal. Nauzubillah. Inilah akan
terjadi apabila kita jahil. Pada kisah keempat pula, kita tahu bahawa Dajjal
akan berkuasa di atas muka bumi dan pengikutnya juga akan turut berkuasa. Maka
ini pun satu ujian dan kita lihat bagaimana Raja Zulkarnain merupakan raja yang
baik lagi bertaqwa. Sekali pun empayar sebesar barat ke timur.
InshaAllah, kita mohon yang terbaik dari Allah. Semoga Allah
selamatkan kita dari Dajjal dan fitnahnya.
Terima kasih diucapkan kepada Team Tazkirah atas perkongsian tazkirah yang bermanfaat ini. Jazakumullahukhair.