Sunday, 16 August 2015

Perkongsian Kisah Kak Syaza

Ini adalah perkongsian daripada sahabat saya, semoga bermanfaat dan mendapat ibrah daripada kisah ini inshaa Allah.

*          *          *          *          *

Perkongsian dr sabahat

Tak boleh dgr nama 'Kak Syaza'. Satu2nya nama role model saya. Dia lah insan pertama yg kenalkan saya dgn usrah. Ya Allah.

Masa mula2 saya masuk uitm dulu, saya tak pernah tahu psal tarbiyah. Tudung saya atas dada, ikhtilat tak berapa jaga, mcm2 lah. Mgkin tak teruk, tapi memang, perasaan cinta pd Allah dan islam kurg ada.

Bila masuk uitm, pertama kali saya terduduk sebelah perempuan yg tinggi, tudungnya labuh sangat. Tak berapa cantik tapi saya senang tgk dia
Hari demi hari, orientasi, taklimat, saya perhati je cara dia

Mmg, dia tudung labuh, mcm org tudung labuh yg lain saya nampak sebelum2nya tapi saya dpt rasa dia sgt lain

Jujurnya saya kata, selama ni yg saya nampak, org tudung labuh biasa akan berdakwah melalui percakapan, berdakwah dgn nasihat, dan mcm biasa saya dh kalis dgn semua tu
Tp dgn dia, tanpa dia sebut apa2 pun dh buat saya tertarik

Masa taklimat, kalau lelaki yg berceramah, dia tak akan pandang lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi..
Tp dia dengar.

Lepas tu kalau dlm orientasi, masa bersenam, dia bersenam sekali. Tp bila tiba part tonggek2 dia akan berdiri tegak tak akan ikut

Lepas tu dia tak pilih kasih. Dia kawan je dgn semua org dan org freehair pun senang dgn dia

Dh lepas seminggu saya perhatikan dia, tiba lah waktu kelas. Ditakdirkan saya dpt duduk belakang dia.
Saya tanya dia, "nama siapa?"

Dia jawab "syazana, panggil syaza." lepas tu dia senyum. Saya tanya lagi, sbb muka dia nmpk matang dan dia mmg tinggi. "umur?"
Masa tu saya 18. Dia jawab, "20.." terus saya panggil dia akak. Sebelum ni dia belajar kt sunway college tapi tak boleh bawak.. Dia berhenti terus masuk uitm. Sbb tu dia tua sikit 2 tahun
Sejak dari tu mmg panggil dia kak syaza.

Masa dh start p&p dia mmg sgt humble. Takde pun nampak pandai ke apa ke, tapi ya Allah... Setiap kali belajar, walaupun tanpa test atau quiz, kalau lecturer dh habis ajar mesti dia akan tanya soalan2 yg tak terlintas di fikiran kami.

Dari cara dia mmg dh dpt agak, cara dia berfikir tak sama macam kami semua

Lepas tu, hadir lah test, quiz, everything and she scored 100% tak pernah bawah 96%. 96% tu lah markah dia yg paling rendah saya tgk

Sampai saya jeles lah dgn dia. Saya tanya org yg serumah dgn dia, apa dia buat smpai pandai?

Budak rumah kata dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal, lepas subuh dia tak akan tidur dan paling menarik, masa dia dtg bulan, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah2 dia boleh solat.
Saya tanya 'hah? Kenapa pelik sangat?'

Budak rumah dia kata, 'entah. Dia mmg macam tu. Haritu ada tanya kenapa, dia ckp, supaya dh kahwin nanti dan ada anak, anaknya akan tgk, hubungan dgn Allah tak pernah putus meskipun Allah bg kita cuti..'
Tegak bulu roma ni bila dgr. Sumpah, tak pernah saya lihat org luarbiasa mcm ni.
Biasa tapi luarbiasa

Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak tanya dia sesuatu. Ditakdirkan pulak saya dtg awal dan dia dh ada dlm kelas, terus saya duduk. Lama jugak lah termenung nak tanya ke tidak.
"akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"

Dia pandang saya, senyum dan tanya saya balik, "awak rasa, kenapa?" dari cara dia tanya, dia bukan menyindir.

Biasanya kalau saya tanya org tudung labuh yg lain diorg akan jwb panjang lebar sekali hadis sehempuk ayat quran selebar semendang. Tp tidak dia.
"er... Sbb akak alim? Hehe."

"bagi awak, alim tu mcmana?" katanya sedikit ketawa mcm lucu tgk saya.

'lah dia soal aku pulak? Lagi lah aku tak tau! Hahahaha!' - monolog dlm hati. Tergaru2 kepala.
"er,, alim tu mcm akak lah. Pakai tudung labuh, kuat igt Allah.. Erm."

Lepas tu dia ketawa smbil geleng. "akak tak alim, akak masih jahil lagi. Akak pakai mcm ni sbb akak org islam, mcm awak."
Secara automatik saya rasa malu dan pegang tudung saya.

Dia smbung lagi, "kita sembah Tuhan yang sama, kan?"
Saya angguk.
"Tanya lah hati." dia senyum lagi. Secara automatik saya terfikir2 dan fikir apa yg dia kata...

Okay lah. Sng cerita, dia mmg a good role model. Bijak, suka mencari peluang, mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Dari cara dia yg serba boleh itulah saya sentiasa berbual dgn dia n berdamping dgn dia. Ditakdirkan sem kedua saya dpt serumah dgn dia, barulah saya nampak cara hidup dia didepan mata.

Hahaha. Dia mmg sgt biasa sahaja. Yg buat saya sayu bila teringat...

Tiap kali dia tidur dia akan mengigau. Tp apa yg dia mengigau tu lucu + mengkagumkan.

"jazakillah ukhti.. Ok2 esok syaza datang." "ya Allah, aku futur!" "asbahna muqminan haqqan!" antara2 apa yg dia mengigau. Yg buat saya kagum ialah, fuh. Pegangan dia tu kuat betul smpai mengigau2.

Yelah, katil double decker. Saya tidur bawah katil dia. Sebijik2 apa yg dia ngigau saya dgr. Lepas tu, mmg saya tgk, apart from solat tepat waktu, selalu mengaji, berzikir atas kain batik masa uzur, tak ada yg lain yg luarbiasa.
Melainkan sesuatu yg Allah dh takdirkan saya ternampak.

Diari dia. Dalam tu penuh dgn keluh kesah dia yg tak pernah dia cerita. Saya menangis baca. Insan gagah seperti dia rupanya ada lagi banyak masalah berbanding kita semua. Dan tak ada satu pun dari catatan dia yg tak diakhiri dgn "sungguh, Allah itu maha memudahkan segala kesulitan. Aku berserah."

Dan ditengah2 buku diari tu saya sempat nampak "1000 impian sebelum hayatku tiba."

Dalam tu lah tercatatnya semua amal harian dia yg ingin dia lakukan sebelum dia mati. Termasuklah tak tinggal berzikir meskipun cuti. Benda simple pun dia tulis. "tak mungkir janji." "satu hari 100 alhamdulillah" "husnuzon meski pada seorang cikaro"

Mcm2. Rupanya itulah kekuatan dia: Allah, dan ingat mati.

Saya dgn rela hati cakap dgn dia nak masuk duni tarbiyah, dia terus belikan saya sehelai tudung bidang 48 & sepasang handsock. Saya pakai, saya rasa selesa. Alhamdulillah. Usrah dia mmg sgt best, ada game sirah, ada part tajwid, tazkirah yg sgt best, dan hati saya terpaut masuk usrah, tak tinggal lagi dah.

Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi walaupun sibuk dgn usrah... Sng cite, dia mmg gagah. Bab dugaan dia sgt berat lah.

Akhir cerita, masa last exam saya nampak dia bengkak mata.

Tak tidur malam sampai lah ke hari exam. Ditanya2 kenapa dia tak jawab. Dia masuk dewan mcm biasa, tup2 dia keluar awal. Paper kemudiannya dia buat mcm tu lagi. Sampai habis.

Last sekali saya tanya masa dia nak cepat pergi ke sesuatu tmpt, "akak nak pergi mana? Kenapa mata akak bengkak?

"ayah akak meninggal 2 hari lepas. Akak kena balik, doakan akak tau."

Dia peluk saya lama, itulah kali terakhir saya berbicara dgn dia. Saya rasa sebak sbb dua hari ayahnya meninggal tu lah paper kami padat. Tapi dia tak balik. Dia stay kolej. Betapa luluh hati ni tgk dia gagah..      
Dia last skali kosongkan kolej. Tgk dia tak balik2, kami semua pun kemas lah barang balik kampung. Tu lah kali terakhir. Lost contact. Nombor dia dh tukar, facebook dh tak guna dah, tak ada satu pun saya dpt trace. Semua dh kehilangan dia skrg.

Akhir sekali saya nak cerita pasal psl ilmu.

Saya pernah bertanya pd kak syaza,
"akak, saya baca banyak kali nota2 saya. Tiap2 lepas kelas kot. Tp kenapa saya masih bebal lagi? Saya tgk akak rilek je dh dpt high marks"

Dia jawab, "Syaro, ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan hinggap pada benda yg kotor, cuba syaro fikir balik, ada tak apa2 yg syaro dh buat smpai ilmu tak mahu lekat pd hati?"

Saya fikir, banyak. Saya berjimba dgn kawan, saya masih ada crush, saya suka mengumpat, saya suka menyampah kt lecturer. Lecturer lambat ckit masuk kelas saya dh menyampah dah.

Terus sejak tu saya koreksi diri saya, saya jaga hati saya dari buat maksiat, walaupun sekecil2. Dan alhamdulillah sampai skrg, tak perlu struggle sgt dlm study, dh dpt faham sedalam2nya.

Akhir sekali, ayat kak syaza, "Apa2 yg disandarkan pd Allah, yg lain2 urusan akan tertembak sama tanpa perlu work hard. Ingat, syaro. Allah."

Okay, dah sekian tu je cerita kak syaza utk harini.


jom insafi diri..      

Surah Al-Kahfi






Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu Wassalamu A'la Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin, Walhamdulillahi Rabbil A'lamin.

Team Tazkirah akan berkongsi 4 kisah yang diambil dari Surah al-Kahfi. Kalau kita baca surah al-Kahfi, kita akan lihat terdapat 4 kisah yang penuh dengan hikmah dan tidak mungkin kisah tu dicatat dalam al-Quran tanpa sebarang sebab. Sungguh banyak hadis yang menyebutkan tentang fadhilat membaca surah al-Kahfi, antaranya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi di hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” [HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadis ini dalam Takhrij al-Adzkar, ‘Hadits hasan.’]

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” Al-Mundziri berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. [Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298]

“Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah al-Kahfi, di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal.” [Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie]

Surah al-Kahfi bukan hanya mengandungi pelbagai fadhilat tetapi isi kandungan surah ini cukup sempurna. Dengan kisah-kisah yang dapat kita ambil manfaatnya dan menjadikan ia satu pengajaran. Ada 4 kisah yang istimewa lagi penuh dengan pengajaran:

1. Kisah Ashabul Kahfi
2. Kisah 2 Pemilik Kebun
3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir
4. Kisah Raja Zulqarnain


Kisah pertama - Ashabul Kahfi
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah SWT menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda-pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rom yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rom membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu. Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama yang dibawa oleh Nabi Isa.

Di dalam kisah ini, ada pendapat yang mengatakan ada beberapa orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih dapat dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Tentang bilangan pemuda ini hanya Allah SWT yang tahu. Ada yang kata 3 dan ada kata 4 atau ada pula kata 7.

Kisah pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah. Pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun. Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Sebab ketika dia hendak membeli makanan, duit pemuda itu sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan). Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rom, Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi.

Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi. Jadi lokasinya pun satu misteri. Ada banyak gua yang dikatakan sebagai gua ashabul kahfi.


Kisah kedua - Dua pemilik kebun. Satu yang beriman dan satu lagi yang ingkar kepada Allah.
Kisah ini ada banyak versi dan pendapat oleh ulama. Antara versi kisah ini disebut dalam tafsir Imam Qurtubi. Ada dua pemilik kebun yang nama si mukmin tu adalah Tamlikh dan yang kafir adalah Qurthusy. Dulu keduanya adalah orang yang bekerjasama dalam suatu bisnes, kemudian mereka membahagikan hartanya menjadi dua, masing-masing mereka mendapat 3,000 dinar.

Si mukmin membelanjakan hartanya tersebut: 1,000 dinar yang pertama dibelanjakan untuk membeli budak yang kemudian dia merdekakan, 1,000 dinar yang kedua dibelanjakan untuk membeli pakaian yang dia berikan pada orang-orang yang tidak mempunyai pakaian dan 1,000 dinar yang ketiga dibelanjakan untuk membeli makanan untuk orang-orang yang kelaparan, membangun masjid dan kegiatan-kegiatan kebajikan lainnya.

Sedangkan si kafir menggunakan wangnya untuk menikah, membeli ternak dan lembu. Kemudian haiwan ternak dan lembunya membiak menjadi banyak. Sehingga dia menjadi termasuk orang-orang kaya pada zamannya yang mempunyai harta melimpah.

Pada suatu hari, si mukmin tersepit suatu keperluan sehingga dia ingin bekerja di kebun si kafir. Dia mendatangi si kafir, hampir-hampir si mukmin tidak mampu menemuinya kerana ketat dan banyak pengawalnya. Maka tatkala si mukmin ini masuk menemuinya dan mengutarakan maksud kedatangannya, kemudian terjadi dialog diantara mereka berdua:

Si kafir: Bukankah harta kita telah dibahagi menjadi dua bahagian? Lantas untuk apa saja kau gunakan harta bahagianmu?
Si mukmin: Aku telah membeli dari Allah apa yang lebih baik dan lebih kekal dengan bahagianku itu.
Si kafir: Aku tidak percaya kiamat itu akan terjadi, tidaklah aku melihatmu melainkan orang yang bodoh! Dan tidaklah balasan bagi orang yang bodoh kecuali tidak dikabulkan permintaannya. Tidakkah kamu melihat apa yang aku lakukan dengan hartaku sehingga menjadi orang yang kaya dan mempunyai keadaan yang baik? Itu semua kerana usahaku, sedangkan kamu telah melakukan hal yang bodoh. Maka berambuslah dari hadapanku!

Kemudian akhir kisah si kafir yang kaya tersebut sebagaimana disebutkan Allah dalam surat al-Kahfi iaitu rosaknya semua tanamannya dan lenyap pula semua hartanya. Jadi itulah kisahnya.


Kisah ketiga - Nabi Musa dan Nabi Khidir.
Nabi khidir adalah nabi yang misteri dan sering dibahaskan oleh para ulama. Persoalannya, Nabi Khidir adalah nabi atau hanya wali Allah? Persoalan lainnya, adakah Nabi Khidir masih hidup atau sebaliknya? Nabi Khidir adalah nabi tetapi bukan dalam kalangan 25 Rasul. Ada yang berpendapat Nabi Khidir belum lagi wafat. Ini telah dibahaskan dalam usrah Team Tazkirah yang lalu iaitu ‘Kisah Nabi Khidir: Nabi Yang masih Hidup.’

Jadi dalam surah al-Kahfi, Allah SWT ceritakan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Suatu hari Musa menjadi khatib di hadapan bani Israil, lalu ia ditanya, “Siapakah orang yang paling alim?” Musa menjawab, “Saya.” Kemudian Allah tegur Nabi Musa dan mewahyukan kepada Musa untuk bertemu dengan seorang hamba Allah dan mengambil manfaat darinya. Siapakah hamba Allah itu? Nabi Musa dengan saudaranya, Yusya’ bin Nuun pun ingin mencari siapakah hamba Allah itu. Selepas Allah mewahyukan pada Musa tentang dimanakah Nabi Khidir. Ceritanya panjang. Ia diceritakan lebar di dalam Suratul Kahfi, boleh rujuk dan baca Surah al-Kahfi.

Jadi dipendekkan cerita. Ketika keduanya sampai di sebuah batu besar, mereka melihat seseorang yang sedang merapikan pakaiannya. Nabi Musa mengucapkan salam kepadanya dengan ucapannya, “Aku datang kepada engkau, dengan harapan engkau sudi mengajariku apa-apa yang telah diajarkan kepada engkau berupa ilmu yang benar.” Nabi khidir menetapkan syarat kepada Musa agar tidak bertanya tentang apa pun hingga Khidir sendiri yang akan menjelaskannya. Lalu berpisahlah Nabi Musa dengan Yusya' Ibn Nuun dan Nabi Musa berjalan bersama-sama dengan Nabi Khidir.

Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan laut dan mereka ingin naik sebuah bahtera untuk mengangkut mereka. Maka datang seorang pembawa bahtera dan menawarkan mereka untuk naik. Dalam bahtera tersebut, Nabi Khidir tiba-tiba pecahkan sebuah papan pada badan kapal, namun Nabi Musa tidak setuju dan marah sebab dipecahkan kapal orang itu. Nabi Khidir lalu mengingatkan Nabi Musa akan janjinya, lalu Nabi Musa pun meminta maaf. Keduanya pun keluar dari bahtera apabila sudah sampai. Mereka meneruskan perjalanan lagi dan Nabi Khidir melihat seorang anak yang sedang bermain bersama kawan-kawannya kemudian Nabi Khidir bunuh salah satu dari kumpulan budak-budak itu. Nabi Musa menentang apa yang dilakukan Nabi Khidir dengan lebih keras daripada penolakannya pada kejadian yang pertama, maka Nabi Khidir mengingatkan Musa akan janjinya iaitu jangan bertanya. Nabi Musa pun terdiam dengan berjanji bahwa dirinya bersedia (jika bertanya yang ketiga kalinya), maka beliau akan tinggalkan Nabi Khidir. Maka diteruskan lagi perjalanan, lalu mereka memasuki ke suatu kampung. Mereka meminta makanan daripada penduduk kampung itu, namun penduduk kampung itu menolak. Dalam kampung itu, semua tidak mahu bantu mereka berdua yang merupakan musafir bagi orang kampung itu. Semua halau dan memarahi meraka berdua. Lalu Nabi Khidir melihat dinding yang hampir pecah, ia pun memperbaikinya. Nabi Musa berkata kepadanya, “Tidakkah engkau meminta upah perbaikan dinding?” Dan Nabi Musa tidak setuju, atas sebab apa mahu bantu baiki dinding tersebut sedangkan orang kampung ini semuanya sombong dan buruk akhlaknya.

Oleh kerana sudah 3 kali Nabi musa bertnya, maka Nabi Musa pun tidak diizinkan untuk mengikut Nabi Khidir lagi. Nabi Khidir lalu menjelaskan semua kejadian yang mengundang persoalan Musa. Nabi Khidir memecahkan papan dari kapal agar tidak dirampas oleh seorang raja yang zalim, sebab ada raja yang akan merampas kapal-kapal dan untuk elakkan dari dirampas maka dengan dipecahkan kapal itu. Raja tidak akan rampas sebab sudah pecah dan tidak berguna lagi. Anak yang ia bunuh adalah seorang anak yang dimana bila jadi besar, dia akan menjadi seorang yang jahat dan kafir, sedangkan kedua orang tuanya adalah orang mukmin. Nabi Khidir bimbang jika kecintaan keduanya kepada anaknya akan membawa keduanya kepada agama anaknya. Adapun tembok yang hampir pecah, di bawahnya terdapat harta karun berupa emas milik dua orang anak yatim. Allah hendak menjaga dan memelihara harta itu hingga keduanya menjadi dewasa, untuk elakkan dari tembok itu runtuh, Nabi Khidir pun membaiki tembok itu.


Kisah keempat - Kisah Raja Zulkarnain.
Raja Zulkarnain ini membawa maksud ‘dia yang mempunyai dua tanduk’. Ada ulama kata, namanya membawa maksud itu sebab kerajaannya adalah antara timur dan barat. Raja Zulkarnain ini walaupun hebat dan mempunyai empayar yang besar, beliau seorang raja yang soleh. Jadi ada orang kata Raja Zulkarnain ini kemungkinannya adalah King Alexander the Great. Sebab dalam sejarah, dia ada empayar yang besar iaitu empayar Macedonia. Wallahualam. Menurut Ibnu Abbas, ia adalah seorang raja yang soleh. Ia seorang pengembara dan ketika sampai di antara dua gunung antara Armenia dan Azerbaijan.

Pada satu masa, semasa Raja Zulkarnain sedang berjalan bersama askarnya, tiba-tiba terjumpa satu kaum yang bahasa dia tidak difahami oleh Raja Zulkarnain. Maknanya mereka dari bangsa yang lain. Mereka datang kepada Raja itu dan mengadu ada satu kaum lain ini yang suka melakukan kerosakan dan ganggu hidup mereka. Itulah kaum Yakjuj dan Makjuj yang suka mengganggu kampung mereka. Maka orang-orang kampung itu minta tolong dari Raja itu untuk melakukan sesuatu untuk Yakjuj dan Makjuj tidak lagi ganggu mereka. Maka Raja Zulkarnain menyuruh mereka cari besi. Dengan besi itu, Raja pun buat tembok yang sangat tinggi. Tapi Raja Zulkarnain itu tidak minta sebarang upah pun. MashaAllah. Jadi Raja Zulkarnain membuat tembok yang tinggi hingga Yakjuj dan Makjuj dikepung dan tidak boleh keluar lagi.

Tembok ini satu misteri, lokasinya tidak diketahui. Tapi mereka akan keluar dengan mencuba pecahkan tembok tu sedikit demi sedikit. Sampai mereka berjaya buat lubang dan melepaskan diri. Ini akan terjadi pada akhir zaman bila hampir kiamat. “Nabi SAW bangun dari tidurnya dengan wajah memerah, kemudian bersabda; ‘Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (iaitu) telah dibukanya penutup Ya`juj dan Ma`juj seperti ini!’ Beliau melingkarkan jari tangannya. (Dalam riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; 'Ya Rasulullah SAW, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang soleh?’ Beliau menjawab; ‘Ya, jika banyak keburukan.’ [HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim]


Pengajaran yang dapat kita lihat:

Kisah pertama - Kisah Ashabul Kahfi. Kisah ini memberi pengajaran bagi pemuda yang kuat imannya. Sanggup lakukan apa pun untuk selamatkan aqidah. Walaupun dengan nyawa.

Kisah kedua - Kisah 2 Pemilik Kebun. Allah akan menguji hambaNya dengan harta. Orang mukmin akan buat harta dengan baik seperti sedekah, tolong orang miskin. Tapi orang kafir dan orang yang kufurkan nikmat Allah, akan menyalahguna harta dan menjadi sombong. Perkara ini sudah berlaku pada zaman sekarang, lupa agama bila sudah kaya. Rumah besar tapi tidak digunakan satu pun ruang untuk solat. Kereta banyak tapi satu pun tidak jejak parkir masjid. Duit banyak tapi tidak cukup kain.

Kisah ketiga - Nabi Musa dan Nabi Khidir. Ini adalah tentang ilmu. Betapa pentingnya ilmu itu dan kita mestilah sentiasa rasakan diri ini sikit ilmu dan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu. Dengan ilmu, akan tahulah hikmah Allah. Kita akan lebih faham dengan ujian Allah. Itulah dia ilmu firasat. Orang mukmin ada firasat yang kuat. Apabila dia melihat gempa bumi, dia ada perasaan dalam dirinya dan dia faham kenapa Allah bagi ujian itu.

Kisah keempat - Kisah Raja Zulkarnain. Ini adalah berkenaan kuasa. Allah akan menguji apabila kita ada kuasa. Tidak kira dalam jawatan apa pun. Adakah kita akan menjadi adil? Lebih-lebih lagi pemerintah, kenalah adil dengan rakyat.


InsyaAllah, semua pengajaran ini adalah satu tips untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Kenapa? Dajjal akan datang untuk menguji aqidah. Jadi, kita lihat kisah pertama. Dajjal akan datang dan menguji dengan harta, sebab Dajjal adalah orang yang kaya. Siapa yang ikut dia, akan mendapat syurga yang Dajjal buat. Seperti kisah kedua, bagaimana orang mukmin itu tidak terpedaya dengan harta yang banyak dan dia gunakan di atas jalan Allah. Lihat pula pada kisah yang ketiga, Dajjal akan menguji ilmu kita, jika kita jahil, maka kita akan tertipu dengannya. Ada satu kisah, orang ini ditanya oleh Dajjal. Dajjal bertanya, “Adakah kau akan percaya aku ini Tuhan jika aku menghidupkan kedua orang tuamu?” Orang itu jawab, “Cuba kau lakukan.” Dajjal itu pun berpakat dengan dua syaitan. Lalu syaitan pun menyerupai dirinya dengan menjadi ibubapa orang itu. Orang itu terpedaya kerana melihat ibubapanya telah dihidupkan dan Orang itu pun menjadi pengikut Dajjal. Nauzubillah. Inilah akan terjadi apabila kita jahil. Pada kisah keempat pula, kita tahu bahawa Dajjal akan berkuasa di atas muka bumi dan pengikutnya juga akan turut berkuasa. Maka ini pun satu ujian dan kita lihat bagaimana Raja Zulkarnain merupakan raja yang baik lagi bertaqwa. Sekali pun empayar sebesar barat ke timur.




InshaAllah, kita mohon yang terbaik dari Allah. Semoga Allah selamatkan kita dari Dajjal dan fitnahnya.

Terima kasih diucapkan kepada Team Tazkirah atas perkongsian tazkirah yang bermanfaat ini. Jazakumullahukhair.


Wednesday, 12 August 2015

Belajar Kerana Exam?

Kisah ini saya dapat daripada sahabat saya, apa yang menariknya perkongsian kali ini ialah berkaitan belajar kerana mahukan markah yang baik dalam exam. Hayatilah, ambillah ibrah.

*          *          *          *          *

Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Aku yang uni di Jordan ni pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T

--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"

Pelajar-pelajar terpinga.

"Hari ini kita ada ujian."

"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.

"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.

Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.

"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.

"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."

MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!

Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.

"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."

"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"

Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.

"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.

Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.

Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.

"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.

"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"

"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"

"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."

"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"

Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.

Perkongsian daripada Sahabat 'A', terima kasih atas perkongsian ini.
*          *          *          *          *
Ibrah nya kita ambil lah bersama semoga kita belajar kerana redha Allah, bukan kerana exam atau dipaksa kerana ganjaran. Tabarakallah. Syukran kepada sahabat saya atas perkongsian cerita ini.